Saturday, February 6, 2010Y
DYANA ZAINI ;)
Missing you so badly lah adik!I was dreaming about you yesterday ;(
Adik cepat balik sini okay ;(
Labels: feeling
Saturday, February 06, 2010
Thursday, February 4, 2010Y
NANIE'S 18

HAPPY SWEET 18TH BIRTHDAY TO NANIE AZMAN :)
SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI ;)
NANTI DAH FAMOUS JANGAN BERANI KAU LUPAKAN AKU!
HAVE A NICE DAY!
SAYANG YOU ;)
Labels: Birthday, Closest Friends
Thursday, February 04, 2010
Monday, February 1, 2010Y
Adam & Hawa :)

This is the best novel i've read so far.
You guys should read this novel.
Tak sangka aku boleh habiskan novel ini dalam masa 2 hari saja :)
Aku nak baca novel ini sekali lagi esok!
Seriously,aku sampai terbawa-bawa dengan karakter Am & Ain.
P/S : Ada ke lelaki versi Am waktu dia dah berubah kat Malaysia ni?
Adam Mukhriz ily :)
Labels: novel
Monday, February 01, 2010
Sunday, January 31, 2010Y
My Name Is Khan :)

Ada sesiapa nak teman aku tengok movie terbaru Shah Rukh Khan?His new movie,My Name Is Khan :)
Jom lah tengok!Teman me please!
Dapat pahala tolong kawan wei.HAHA
Jom!Jom!Jom!Jom!
SRK's freak!He's everything to me!He used to made me cry last time just because of his acting okay ;)
JOM!JOM!JOM!
Labels: hero, movie
Sunday, January 31, 2010
Saturday, January 30, 2010Y
Adik :)
Honestly,I do not know how to say more about this but seriously akak will miss you so badly lah adik ;(
Adik kat sana nanti take care okay :)
Jaga makan minum semua.
Jangan lupa akak kat sini (:
I'll see you again during CNY!
Heart you lovey ;)
Labels: Family, wishes
Saturday, January 30, 2010
Monday, January 25, 2010Y
DYANA ZAINI ;)


Adik :)
Congrats for your PMR's result ;) I'm so proud of you my dear.Sedih oh adik tak invite akak last week but nevermindla.Masuk sekolah baru,new environment,new friends & new AKAK!LOLTake good care of yourself.Jaga makan minum.Selalu ingat Tuhan ;)
New school so there's a lot of challenges & competitors around you.Dont be naughty because I know you are ;D
I know you can do it because I have faith in you :)
Masuk sekolah tu nanti jangan sombong & lost contact dengan akak okay.
If adik holiday & ada kat KL,just let me know & we should plan outings together :)
Take care once again!urgh!I'm going to miss you so badly from now .
Last but not least,akak sayang adik :)
Labels: Family, wishes
Monday, January 25, 2010
SOMETHING
TO : MISS **E
I miss you so much!Now I realised that I'd really need you by my side.Lots of things happened to us this few years.Haih,just forget about it.We're no longer close friends.What ever la =='.
Labels: feeling.Life.
Monday, January 25, 2010
Sunday, January 24, 2010Y
Yay!Sumin's 18! ;)







HAPPY SWEET 18TH BIRTHDAY TO MY DEAREST SUMIN :)

I WISH YOU LUCK & HAPPINESS ALL THE TIME =)
Birthday girl,you are a precious gem,a cause for joy.
You girl!You are : Better than the best.
A breath of fresh air.A shooting stars.An oasis in a desert.More precious than gold.More sparkly than diamonds.
You are extra special ;)
Put up the bunting- -raise your flag.It's Sumin's birthday! ;)
FANTASTIC!
AMAZING!
OUTSTANDING!
WONDERFUL!
SUPERB!
EXCITING!
TREMENDOUS!
SPECTACULAR!
BRILLIANT!
I HOPE YOUR DAY WILL BE ALL OF THESE.
If I could give you the world for your birthday,I would.
May your birthday be a day to remember.A day blessed with love,fun and joy.
I hope your birthday sparkles,shimmers and goes off with a bang! ;)
Make the most of every moment of 24th January.
Have the craziest,happiest time ever.
Sumin's special birthday : The one day when it's definitely better to receive than to give.
Many happy returns to you on this special day.But more importantly,may CHAN SU MIN be blessed with happiness,today and every day.
In the hullabaloo of your birthday celebrations,take a few moments to look back on the year and feel proud of everything you have done.
May your biggest and best gift be lots and lots and lots of happiness ;)
May your year be filled with rainbow days.
I LOVE CHAN SU MIN ! :)
Till the end of my life.Mark my words ;)
Labels: Birthday, Closest Friends
Sunday, January 24, 2010
Wednesday, December 30, 2009Y
ENA HAMZAH BARU 17 TAHUN :)


HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO ENA HAMZAH :)
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
Selamat ulangtahun ke-17!Aku doakan kau bahagia disamping kami semua :)
Kerja rajin-rajin wei.Usaha lebih sikit.Kang dapat gaji belanja aku doe ;)
Aku sudah wish kau malam tadi tapi aku tahu kau sudah tidur.Aku nak call & nyanyi happy birthday out loud but unfortunately cdt takda ;( BUT DONT WORRY,kau tahu apa present yang aku nak bagi nanti :) Have a nice day and take care! <333
Labels: Birthday, Friends
Wednesday, December 30, 2009
Sunday, December 27, 2009Y
How Hard
Bukan senang ingin menjadi Nur Diyana binti Azman atau dalam makna lainnya,Cahaya Keagamaan,Cita-citaku.Mungkin pada pandangan orang lain,seronok agaknya menjadi Diyana Azman.Tapi ternyata persepsi tersebut salah sama sekali.Mungkin ada masanya seronok dan ada kalanya tidak seronok menjadi Diyana Azman.Aku rasa,ini merupakan kali yang kedua aku menulis tentang betapa susahnya menjadi Diyana Azman.Hidup sentiasa dibelenggu masalah.Mungkin pandangan mata orang lain seronok melihat aku mendapat elaun bulanan daripada abahku.Memang akaun bank aku dipenuhi dengan wang ringgit tapi semua itu sama sekali tidak boleh menjamin kegembiraan hidup aku.Memang aku perlukan duit tapi aku mahukan sesuatu yang lebih daripada itu.Apabila aku dibelenggu masalah keluarga,kedua-dua belah pihak pasti akan menyalahkan antara satu sama lain.Aku tidak mahu menjelaskan dengan lebih lanjut.Cukuplah sekadar aku memberikan kiasannya sahaja.Kenapa kedua-dua belah pihak tidak mahu memahami keadaan aku?Aku semakin dewasa tapi disebabkan dengan apa yang terjadi,aku jadi muak dengan hidup aku.Mereka hanya mahu aku menuruti segala kemahuan mereka tanpa memikirkan perasaan aku.Aku pun manusia,ada kemahuan dan kehendak.Aku hanya mahu diberi sedikit kebebasan dan kelonggaran dalam hidup aku.Beri aku kesempatan untuk belajar membuat keputusan dalam hidup aku,bukan semua orang yang tentukan.Kenapa orang lain selalu mendapat apa yang mereka hajatkan tapi bukan aku?Aku tidak liar seperti sesetengah remaja tapi kenapa aku perlu hidup dalam situasi sebegini?Aku sudah bosan bertikam lidah dengan mak.Ada saja yang tidak kena pasti diperdebatkan.Apa saja yang ingin aku lakukan pasti ditentang sehabisnya.Demi Allah aku sudah bosan dengan hidup aku.Aku cemburu melihat kawan-kawan aku.Melihat Hana Rosli mesra dan boleh bergurau senda dengan ayahnya sudah cukup membuat aku iri hati.Tiap kali dia membawa kamera digitalnya ke sekolah,acapkali juga aku melihat foto-foto keluarganya.Setelah 10 tahun mak dan abah berpisah,tidak pernah sekalipun aku bergambar dengan abah.Memang tidak pernah.Aku pun tidak tahu apa sebabnya.Pada Hari Graduasi SMK Puteri Ampang yang lalu,aku mengharapkan abah untuk datang awal dan melihat aku naik ke atas pentas dan menerima sijil tapi abah datang lambat kerana sibuk dengan kerjanya.Abah tiba di sekolah sejurus tamatnya waktu rehat.Hana menawarkan diri untuk merakamkan foto antara aku dan abah tetapi pada ketika itu,aku gagal mengawal perasaan lalu menangis di sebelah abah.Abah tidak dapat meluangkan masanya untuk berbual dengan lebih lama kerana tuntutan kerjanya yang menuntut pengorbanan masa.Aku mengiringi abah ke pintu pagar sekolah dengan linangan airmata.Abah selalu berpesan supaya kami adik-beradik belajar bersungguh-sungguh dan jangan tinggal sembahyang.Sejurus abah meninggalkan pekarangan sekolah,aku berjalan ke arah kumpulan kawan baikku.Tanggapan aku,mungkin kawan-kawanku sudah melihat aku menangis daripada tadi lalu Wenz berjalan ke arahku dan memelukku dengan kuat.Tangisan aku makin teresak-esak kerana kawan-kawan yang lain datang mengerumuni kami.Sumin,Cass,Savina dan yang lain-lain bertanya kenapa aku menangis.Aku tidak mampu untuk menceritakan kerana terlalu sebak.Masing-masing memelukku dan memujukku.Apabila emosi aku mulai stabil,Sumin membawaku berjalan mengambil angin sambil bertanyakan tentang masalahku.Aku berterima kasih kepada semua yang mengambil berat dan cuba untuk memujukku.Sejujurnya,aku ingin abah berbangga dengan pencapaian aku walaupun aku bukanlah pelajar harapan sekolah.Aku ingin abah tahu yang darah dagingnya juga berguna,bukan seperti isteri dan anak tirinya yang talam dua muka,yang cuba menghancurkan hubungan kekeluargaan kami.Depan macam malaikat tapi belakang Tuhan saja yang tahu..Hanya tahu mementingkan kepentingan diri dan anak-anaknya saja.Mungkin abah belum sedar,atau dia tidak mahu memikirkan tentang itu.Mungkin betul kata Kak Chu,kalaulah Tuhan ingin tunjukkan kuasanya,abah jatuh sakit atau perniagaannya merosot,abah pasti akan kembali juga kepada kami adik-beradik.Perempuan itu hanya memikirkan kepentingan masa depannya sahaja.Semua saudara-mara belah mak dan abah sudah mengetahui tentang kedinginan aku apabila bertemu dengan perempuan itu.Tiap kali bertemu,aku sama sekali tidak akan menghulurkan tangan untuk bersalam apatah lagi untuk mencium tangan kotornya itu.Mungkin sewaktu aku kecil dahulu aku boleh bermesra dan bergelak ketawa bersama perempuan itu tetapi apabila aku meningkat dewasa dan mengetahui hal yang sebenarnya,segala-galanya terus berubah.Senyuman manis pada waktu dahulu kini digantikan dengan jelingan mata dan kata-kata buruk mengenai kami adik-beradik.Antara kami tiga beradik,akulah satu-satunya yang paling keras hati,paling sombong dan tidak tahu menjaga percakapan.Bagi yang setia membaca entryku ini,janganlah khuatir kerana aku hanya menunjukkan belangku dihadapan perempuan itu saja.Pada aku,perempuan yang tidak tahu malu itu haruslah dilayan seburuk-buruknya terutamanya daripada kami adik-beradik.Tidak ada istilah hormat-menghormati antara kami kerana perempuan itu sama sekali tidak layak menerima layanan baik daripada kami.Tetapi,kakak dan adik aku masih lagi boleh melayan perempuan itu kerana mereka juga memikirkan tentang faedah yang akan diterima.Aku tidak perlu menjadi talam dua muka semata-mata ingin mendapatkan apa yang dihajati kerana perempuan itu sudah maklum dengan kesombongan aku.Mungkin bagi sesetengah kawanku yang mengetahui tentang kisah keluargaku ini geram dengan tindakan aku yang tidak mahu melayan perempuan itu dengan baik.Ya,aku tidak sesekali akan!Mungkin Hana dan Dayah geram dan mengatakan aku ini bodoh kerana tidak menggunakan KEBAIKAN perempuan itu tapi aku memang tak nak :) Ah!Biarlah.Biar Tuhan saja membalas segala perbuatan perempuan itu terhadap keluarga aku terutama sekali terhadap mak aku.Tuhan itu maha adil.Suatu hari nanti,aku akan pastikan perempuan itu melutut dihadapan mak dan memohon maaf walaupun aku tahu mak tidak akan sesekali memaafkan perempuan yang telah menghancurkan rumahtangganya suatu ketika dulu.Aku pernah bertanya adakah mak akan memaafkan segala perbuatan perempuan itu tetapi jawapan mak ringkas saja,"Manusia mana akan jilat ludahnya semula?"Aku faham apa yang dimaksudkan mak.Cukuplah sekali mak menghadapi segala perit dan kesusahan.Hanya mak saja yang faham apa rasanya diperlakukan sebegitu.Aku boleh saja menyiarkan foto perempuan itu di internet dan juga untuk tatapan pembaca blog aku tetapi bila difikirkan semula apa perlunya aku berbuat sebegitu.Aku tidak sehina dan sekejam dia.Mak tidak pernah mendidik aku untuk melakukan seperti itu.Hanya manusia yang tidak berpelajaran dan tidak mempunyai perasaan sahaja akan melakukan seperti apa yang dilakukan oleh perempuan itu.Aku pernah menyatakan hasrat aku kepada Kak Chu.Aku sangat berharap abah akan berkahwin lagi.Mungkin bunyinya agak kejam tapi apa aku kisah?Aku bukan budak-budak lagi.Aku boleh faham dan terima sekiranya abah ada calon pilihan yang lain.Aku sesekali tidak akan marah dan menolak bahkan aku amat suka dan bersyukur kerana biar perempuan yang tidak tahu malu itu tahu betapa tinggi dan rendahnya langit itu.Biar dia rasa betapa teruknya perasaan yang dirasai,sama seperti apa yang mak aku lalui.Aku sama sekali tidak pernah ambil peduli tentang tanggapan sesiapa saja mengenai personaliti aku terhadap perempuan itu kerana aku tidak sesekali akan memberi muka kepada sesiapa sahaja yang cuba melindungi atau menyelamatkan perempuan itu.Aku juga pernah bertikam lidah dengan abah kerana abah cuba untuk melindungi perempuan itu.Aku tidak peduli jikalau abah sanggup menampar aku kerana pada aku,aku harus melindungi hak mak.Aku tidak akan sesekali membiarkan sesiapa saja memburukkan mak aku lagi.Mungkin sesetengah orang beranggapan aku tidak patut bersikap kurang ajar tetapi jika itu melibatkan tentang maruah seorang mak,aku tidak akan sesekali tunduk dan itu janji aku.Tuhan saja yang tahu bagaimana sayangnya aku terhadap mak.Aku sayang mak lebih daripada segala-galanya dan daripada nyawa aku sendiri.Semoga Tuhan panjangkan umur mak dan abah,sihatkanlah tubuh badan mereka dan selamatkanlah mereka dunia dan akhirat.Insya-Allah :)
Labels: Life
Sunday, December 27, 2009
ENTRY :)
Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini.Semua manusia yang dicipta sama je tarafnya baik kaya,miskin,tua,muda,putih,hitam,kurus,gemuk dll.Setiap manusia yang Tuhan cipta ada kelebihan dan kekurangan masing-masing,sama macam aku.Aku pun ada kelebihan dan kelemahan.Pada aku,mungkin seseorang itu tak tahu apa kelebihan dan kelemahan dia atau belum masanya lagi untuk Tuhan tunjukkan kelebihan dan kekurangan seseorang tu.Aku tak tahu apa kelebihan aku tapi aku sedar kelemahan aku yang tak dapat diceritakan disini.Setiap manusia patut berbangga dengan kelebihan yang ada dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri supaya kelemahan diri tu tak memberi kesan kepada orang lain.Aku teringin sangat nak tahu apa kelebihan aku.Ini bukan nak syok sendiri atau apa-apa saja tapi sekadar ingin tahu.Mungkin kelebihan seseorang tu terletak pada hartanya.Dia kaya,tinggal di kediaman mewah,hidup senang,boleh dapat apa saja yang diingini:duit,kereta,shopping dll.Atau mungkin sesetengah orang dikurniakan dengan akal fikiran yang cerdik,selalu menjadi ayam tambatan semua orang dalam segala hal dan tak mustahil juga kalau seseorang itu dikurniakan dengan pancaindera ke-6.Mungkin sesetengah orang saja yang faham apa yang aku maksudkan.Wallahualam.Jadi,sentiasalah muhasabah diri,ingat asal usul kita,siapa yang melahirkan kita dan yang paling penting agama dan jati diri kita.Mungkin bagi sesetengah orang yang membaca entry aku ini akan fikir betapa kolot dan ketinggalan zamannya aku ni bercakap mengenai jati diri.Terus terang aku katakan,aku bukan seorang perempuan yang dibesarkan dan dididik dalam suasana yang diidamkan oleh semua orang,keluarga yang sentiasa disisi baik senang mahupun susah.
Mak dan abah aku berpisah sewaktu aku berumur 6 tahun.Ada sesiapa yang faham macam mana aku rasa?apa yang aku lalui selama ini dan apa perasaan aku?
Selepas mak dan abah berpisah,aku dijaga oleh mak,kakak aku dijaga oleh arwah atuk aku dan adik aku dihantar ke kampung.Kami,adik-beradik berpisah dalam jangka waktu yang panjang.Tuhan saja yang tahu mana mana susahnya kehidupan aku sekeluarga dulu.Aku teringin sangat nak rasa macam mana kehidupan seorang budak yang sentiasa gembira.Bukan aku nak cakap yang aku tak boleh hidup dalam keadaan susah tapi kehidupan aku waktu kecil dulu sangat sedih untuk diceritakan.Tiada apa yang menarik untuk dikongsikan.Aku lebih banyak menangis dan menyendiri daripada bergaul dengan kawan-kawan sebaya aku.Sebelum mak dan abah berpisah,aku seorang kanak-kanak biasa yang ceria,suka buat orang gembira,suka ketawa dan bercakap tanpa henti tapi percaya atau tidak kalau aku katakan,selepas mak dan abah berpisah,aku bertukar menjadi seorang yang pendiam,tak suka bergaul dengan orang dan suka buat hal sendiri.Mak aku pun mengakuinya,itulah diri aku sewaktu kecil.Sewaktu aku berumur 6 tahun,habis saja kelas di tadika aku terus pulang ke rumah dan membaca buku atau membuat apa saja didalam bilik.Mak aku pun pelik kenapa aku tidak mahu keluar berjumpa dengan orang.Sejujurnya,aku ada menyimpan satu rahsia yang tidak diketahui oleh kawan-kawan aku.Susah untuk aku berkongsi mengenai rahsia ini kerana aku tidak menjumpai orang yang paling sesuai un tuk aku luahkan.Aku menyesal dan menyalahkan diri aku atas apa yang berlaku selama aku hidup.
Semakin aku meningkat dewasa,aku mulai berubah.Aku tidak lagi menyendiri,aku mula melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sekolah dan aku sudah mula bercakap tanpa henti sehingga dimarahi mak.Aku berubah menjadi seseorang.Mungkin bagi yang mengenali aku beranggapan bahawa aku seorang yang sensitif,materialistik,susah untuk dipujuk,kepala angin dan macam-macam lagi.Aku manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan jadi tidak perlulah nak jauhkan diri daripada aku atau nak mereka cerita tentang aku.Aku tidak sempurna.Aku gembira dan bersyukur dengan kehidupan aku sekarang.Mungkin ada hikmahnya atas apa yang berlaku selama ini.Aku manusia biasa yang sukakan benda dan wang ringgit.Manusia mana dalam dunia ini tidak sukakan duit?Orang selalu membuat persoalan,antara kasih sayang dan wang ringgit mana lagi penting?Ada yang jawab kasih sayang lagi penting kerana wang ringgit boleh dicari.Yang lainnya pula beranggapan bahawa wang ringgit lebih penting kerana kalau ada duit semua benda kita boleh buat.Sebenarnya,pendapat aku la,kasih sayang dan wang ringgit sama-sama pentingKalau kita pilih duit tapi tiada kasih sayang pun tak guna.Mak bapak sibuk dengan kerja dan satu-satunya cara untuk kawal anak-anak,suapkan saja dengan wang ringgit.Itu la budak-budak zaman sekarang,sosial melampau sangat sampai tak ingat asal usul.Ada saja berita yang keluar dalam surat khabar.Macam-macam cerita ada.Mak bapak pun satu hal,tahu nak kejar duit je macam duit tu lari dan tak akan ada lagi.Bila benda tak elok berlaku barulah nak menyesal dan salahkan semua pihak.
Aku bercakap atas pengalaman,apa yang aku lihat dan baca dan apa yang orang cerita dengan aku.Aku baca dan dengar,kemudian fikir pro dan kontra cerita itudan jadikan sebagai pengajaran dalam hati.Tak perlu tunjukkan pada orang yang suka merendah-rendahkan diri aku.Aku tahu apa yang aku buat ,korang je yang tak kenal aku sepenuhnya jadi tidak perlulah nak cakap belakang pasal aku kerana memang tidak ada faedah walau sedikit pun.Kita semua manusia biasa dan tiada istilah extravaganza untuk manusia yang suka perasan.Jadi disini aku menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada sesiapa saja yang terasa hati,tersinggung dengan apa yang aku cakap ni,tidak perlu iri hati dan menyimpan dendam kerana Tuhan itu adil.Untuk kawan-kawan aku yang mungkin ada tidak puas hati selama kita berkawan,jumpa aku dan kita selesaikan dengan cara baik.Aku sayang semua kawan-kawan aku,baik sahabat,teman rapat dan rakan-rakan.Terima kasih di atas kasih sayang dan keprihatinan anda semua.Hanya Tuhan saja yang mampu membalasnya.Insya-Allah..:)
- The best and forever,Diyana Azman :D
Labels: feeling.Life
Sunday, December 27, 2009
Sunday, December 20, 2009Y
This is it :)
My mum woke me up about 9am something like that & asked me to go to the groceries shop to buy things.I refused to get my butts off from the bed but mum kept on mumbling so to make her silent,I have to go.I went to the shop ( the owner's wife of the groceries shop gila sombong!suka pandang orang semacam!annoying gila & their sons as well.Pandang macam tak pernah tengok orang.I realised that since the first time I walked in to the shop till NOW!Orang lain takde plak nak pandang macam tu.Annoying's family!But I'm okay with the owner because he knows how to entertain his customers,unlike his wife :)) & bought a pack of santan,nasi lemak & Icha's junkfood.Walking back home,I was thinking about my dream last night.I've tried to recall & finally I know!Its about Cass.In the dream,I likes her REQUEST to me but I dislikes the ending.sobsobsob ;(
P/S : I'm wondering when will we go to the hospital & visit my sis?Get well soon to you & don't forget to eat your medicine.That's all for now.Toddles :)
Sunday, December 20, 2009
Saturday, December 19, 2009Y
NEW CHATBOX
( I know this picture tak ada kaitan langsung with my entry but who cares?This is my blog what ;)
Ya!New chatbox means new life.No more last time's memories.HOW GOODDDDDD ;) Lot's of love,DIYANA AZMAN (;
Saturday, December 19, 2009
Saturday, December 12, 2009Y
Will be back soon
Hey guys out there.I know my blog is inactive but you dont have to worry because I'll start posting more entry & more often starting from next year =) So,just wait for it okay.Chiao!
Saturday, December 12, 2009
Sunday, November 1, 2009Y
50 Things To YOU!
1.I shouldn't say YES to you.2.I shouldn't say OKAY to you.3.I shouldn't ACCEPT you.4.I shouldn't let you walk into my life.5.I shouldn't TREAT you good.6.I shouldn't SMILE at you.7.I shouldn't SPEND TIME with you.8.I shouldn't LAUGH with you.9.I shouldn't make you to LOVE me.10.I shouldn't say your NAME.11.I shouldn't waste my MONEY just because of you.12.I shouldn't TALK to you.13.I shouldn't STAND beside you.14.I shouldn't be the one that you CARE.15.I shouldn't care about you SO MUCH.16.I shouldn't DREAMING about you.17.I shouldn't HI to you.18.I shouldn't BYE to you.19.I shouldn't WALK back home with you.20.I shouldn't PROTECT you.21.I shouldn't LOOK at you.22.I shouldn't be SAD of you.23.I shouldn't be HAPPY of you.24.I shouldn't let my TEARS come out just because of you.25.I shouldn't ASK about you.26.I shouldn't LEND you my stuff.27.I shouldn't let you to TOUCH my thing.28.I shouldn't HANG OUT with you.29.I shouldn't let you put your NOTE on my table.30.I shouldn't care about your FEELING.31.I shouldn't PLAY with you.32.I shouldn't WINK at you.33.I shouldn't HELP you.34.I shouldn't LISTEN to you.35.I shouldn't MAD at you.36.I shouldn't get JEALOUS of you.37.I shouldn't use BAD WORDS to you.38.I shouldn't KISS you.39.I shouldn't BEAT you up.40.I shouldn't VIEW your blog.41.I shouldn't talk to you NICELY.42.I shouldn't take PICTURE with you.43.I shouldn't JELING at you.44.I shouldn't make you CALM by my side.45.I shouldn't care about your PHYSICAL.46.I shouldn't care about your BEHAVIOUR.47.I shouldn't MUMBLING just because of you.48.I shouldn't walk along with your BUDDY.49.I shouldn't REPLY your messages.50.I shouldn't LOVE you.I just can't accept you anymore...Labels: feeling.Life, Friends
Sunday, November 01, 2009